Majlis Meraikan Petugas KKPS Dan Pelancaran Tabung Rakyat Sik Prihatin
Satu majlis meraikan petugas KKPS (Kelab Kembara Parlimen Sik) telah di adakan di rumah Pak ku Bahador, P.A YB Che Uda Che Nik pada 25/06/2010 yang lalu. Majlis ini di adakan atas inisiatif YB dan PKWR Parlimen Sik
“Kita amat menghargai kerja buat ahli-ahli Kelab Kembara Parlimen Sik ini kerana ahli-ahli KKPS umpama sayap kanan bagi PKWR Parlimen Sik. Jadi, YB dan pihak pengurusan PKWR telah bersetuju untuk mengadakan satu majlis jamuan pulut durian bagi meraikan ahli-ahli KKPS, Pak ku berkata kepada saya.
Dalam majlis itu juga pihak KKPS mengambil kesempatan membuat pelancaran “Tabung Rakyat Sik Prihatin” RM 1 daripada seorang penduduk Sik. Tabung ini dilancarkan lantaran rasa keprihatinan dan keperluan mendesak terhadap pesakit kronik ini juga atas rasa untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam daerah Sik.
” Saya begitu tersentuh hati apabila pergi melawat seorang penduduk Sik yang sakit, saya dapati pesakit itu adalah seorang bayi perempuan berusia 4 bulan. Bayi itu, adik Auna Alimi telah mengidap penyakit jantung berlubang. Jadi saya telah bermesyuarat dengan AJK KKPS dan juga YB Che Uda untuk mengadakan “Tabung Rakyat Sik Prihatin” ini. Saya berharap dengan pelancaran tabung ini akan dapat mengurangkan bebanan keluarga adik Auna Alimi ini”. Azli Uda.
Aktiviti Sepanjang Mei 2010
Selain Program Kelab Kembara yang dijalankan di Pantai Merdeka pada 07 dan 08 Mei lalu, pihak PKWR Parlimen Sik juga terlibat dengan berbagai aktiviti yang dijalankan di Kawasan Parlimen Sik.
1. Lawatan YAB Dato Seri Ust Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah) ke Ladang Anggur di Tasik Beris yang diadakan pada 04 Mei 2010.
Turut hadir di Majlis tersebut termasuklah semua Ketua Kampung di Daerah Sik.
2. Motivasi Waris dan Pelajar yang diadakan pada 08 Mei 2010 di Dewan serbaguna Padang Awam Sik.
Program yang melibatkan lebih dari 60 orang pelajar serta waris.
Motivasi telah disampaikan oleh Ust Abdullah Khairi.
3. Ceramah perdana yang diadakan pada 14 Mei 2010 di perkarangan Pejabat PKWR Sik yang disampaikan oleh YB Dato Seri Mohd Nizar Jamaludin(Mantan MB Perak) dan YB Ust Ahmad Izzat Mohd Shauki(Timb Speaker DUN Kedah) serta YB Ahli Parlimen Sik sendiri.
Walaupun hujan turun pada malam itu, namun sekitar 1500 orang hadir untuk mendengar sendiri perkembangan terkini politik tanah air.
4. Liga bolasepak piala MB yang diadakan di Padang Awam Sik pada 15 Mei 2010.
Walaupun menjadi tuan rumah , pasukan DUN Belantek gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir setelah tewas kepada DUN Sungai Tiang 1-3.
Pasukan DUN Sungai Tiang seterusnya menjuarai kelayakan Zon 4 dan membawa pulang piala dan wang tunai RM1500.00.
Jemputan Kenduri Walimatulurus YB Tuan Hj Che Uda Che Nik
Kepada semua yang melayari blog Parlimensik di jemput ke majlis Kenduri Walimatulurus di rumah YB Tuan Hj Che Uda Che Nik pada 05 Jun 2010.
Laporan PKWR Parlimen Sik

Bagi memantapkan perjuangan PAS Sik, PKWR Parlimen Sik membantu PAS Kawasan Sik dengan
- Menambah keahlian melalui gerakerja yang bersungguh-sungguh. Sehingga kini pihak PKWR Parlimen Sik telah berjaya mendaftar keahlian PAS terus kepada Pejabat Agung seramai 100 orang dan kebanyakannya adalah terdiri daripada ahli-ahli Umno yang telah keluar Parti mereka.
- PKWR Parlimen Sik telah berusaha bagi membantu PAS Kawasan Sik melalui Lajnah Perpaduan Kaum dengan menubuhkan kelab-kelab penyokong PAS di kalangan orang yang berketurunan Siam.
Antara Kampung terbabit ialah
- Kampung Chong
- Kampung Kubang Kesom
- Kampung Jurung
- Kampung Batu Seketol.















