SALAM MAULIDUR RASUL TAHUN 1431
Selamat menyambut hari kelahiran Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. dari YB Ahli Parlimen dan seluruh kakitangan PKWR Parlimen Sik. Semoga kita semua mendapat syafaat daripada Baginda Rasulullah.
HUKUM MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
| Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.
Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid’ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat. Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa’id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;
|
||
|
© Jabatan Mufti Melaka
|
