Majlis Jamuan Tahun Baru Cina
Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina (TBC) pihak PKWR Parlimen Sik telah menganjurkan Majlis Jamuan TBC bersama masyarakat Tiong hwa dan siam daerah Sik yang diadakan di Dewan Gemilang Sik pada 20.2.2010 bermula jam 5 petang.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran YB Dr Mujahid Yusuf Rawa yang merupakan Pengerusi Lajnah Antara Kaum PAS Pusat. Dalam ucapannya ketika meraikan para tetamu Dr Mujahid menerangkan dalam Pakatan Rakyat, YB yang dipilih hendaklah menjadi YB kepada semua rakyat tidak kira kaum dan agama, walaupun kita dilahirkan sebagai cina, siam ataupun melayu, namun kita semua adalah rakyat Malaysia. (diikuti tepukan gemuruh para tetamu).
Selain YB Che Uda sebagai Ahli Parlimen Sik, turut hadir dalam Majlis ini ialah Ku Bahador selaku Pengerusi Lajnah Antara Kaum PAS Kaw Sik, Mr Gooi Hsiau Leung (AJK Keadilan Kedah) serta En Habib Daneal (Ketua Keadilan Sik merangkap Ahli Majlis Daerah Sik)
Selain Majlis tersebut, Dr Mujahid turut mengadakan Kuliah Maghrib di Masjid Pekan Sik dan menyampaikan ceramah isu-isu semasa pada malamnya di Markaz MTD Belantek yang dianjurkan bersama Urusan Penerangan MTD Belantek dengan PKWR Parlimen Sik.




