Pelancaran Kelab Kembara Parlimen Sik
PKWR Parlimen sik melelui J/kuasa Belianya telah menubuhkan Kelab Kembara Parlimen Sik (KKPS). Kelab ini di pengerusikan oleh Azli Uda dan YB menjadi penaung. Objektif kelab ini ditubuhkan adalah kerana pihak PKWR melihat terlalu banyak masaalah sosial yang melanda pemuda-pemuda di Sik khususnya.
Pelancaran tersebut telah dilaksanakan oleh setiausaha kepada Ahli Parlimen Sik pada 30-01-2010 yang lalu. Majlis pelancaran itu di adakan di pejabat MTD Belantik. Lebih kurang 20 orang peserta mendaftar sebagai ahli kelab pada hari itu. Kita mengharapkan lebih ramai pemuda-pemuda dalam Parlimen Sik dapat turut serta dalam kelab ini.
” Kelab ini di tubuhkan kerana kita dapati pada masa sekarang, terdapat ramai pemuda-pemuda kita yang masih tidak mempunyai hala tuju dan terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Kita merangcang aktiviti sebegini agar anak-anak muda kita dapat mengisi masa lapang dan terhindar dari masaalah sosial yang semakin meruncing sekarang ini. Kita juga bercadang untuk menghantar anak-anak muda yang mengikuti program kembara ini ke Akademik Binaan Malaysia (ABM) dan Kedah Agro untuk mengikuti kursus asas teknikal dan mekanikal”. katanya ketika berucap kepada peserta pada hari tersebut.
Pihak PKWR Parlimen Sik mengalu-alukan penyertaan semua pemuda-pemuda yang masih mencari hala tuju dalam kehidupan dan Insyaallah puhak kelab akan memberi bimbingan, sokongan serta mencari peluang-peluang pekerjaan kepada mereka.

February 22nd, 2010 at 10:21 am
Terima kasih untuk blog yang menarik