Klinik guaman Percuma dan perkhidmatan Perbankan Oleh Bank Islam

Sekali lagi PKWR menganjurkan aktiviti kemasyarakatan untuk penduduk di Parlimen Sik. Lanjutan dari klinik Guaman yang pertama yang lalu, pihak PKWR menambah satu lagi perkhidmatan perbankan oleh pihak Bank Islam Malaysia. Pihak bank akan menyediakan perkhidmatan perbankan seperti buka akaun baru, pembiayaan perumahan, peribadi, kenderaan, ATM, perniagaan, pendidikan, insuran dan lain-lain. Pihak Peguam dan Pihak Bank meminta supaya sesiapa yang hendak berurusan dengan pihak mereka supaya dapat menyediakan segala dokumen yang di perlukan untuk memudahkan proses dokumen yang berkaitan.
Pihak PKWR menjemput sesiapa yang mempunyai masaalah guaman dan ingin berurusan dengan bank, sila lah datang ke PKWR Parlimen Sik pada 17 -01-2010, hari ahad pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

January 18th, 2010 at 3:40 pm
Buatlah program apa pun PKWR Parlimen Sik, jangan lupa tuntutan berjamaah, tuntutan Al-Wala, tuntutan Al-Thoah, serja jujurlah dalam perjuangan ini, untuk Islam, bukan untuk kepertingan peribadi atau ada tujuan lain, hidupkan akhlak Islam dalam setiap kerja. Hayatilah surah Al-Taubah ayat 23-24. Ingatlah apabila bertemu antara kepentingan peribadi dengan kep[entingan Jamaah, hendaklah diutamakan kepentingan jamaah dulu.