Seronok Dapat bag Baru | DIARI PKWR PARLIMEN SIK

Seronok Dapat bag Baru

By najib | January 7, 2010

DSC01321

” Saya cukup seronok hari ini  dapat bag baru, lepas ni saya berazam untuk belajar bersungguh dan bila berjaya nanti, saya akan bekerja keras untuk membantu ibu bapa saya”. kata Mohd Ridzuan bin Che Saari pelajar Sekolah Keb. Danglau yang baru masuk darjah satu. Ibunya Siti rahmah bt Ismail pula mengucapkan berbanyak terima kepada pihak PKWR Parlimen Sik kerana memberi sumbangan bag dan peralatan sekolah kepada anaknya.

Sementara itu seorang pelajar Darjah enam Sek.Keb.Lubuk Merbau berkata ” saya amat bersyukur kerana saya dipilh untuk menjadi penerima sumbangan bag dan alatan sekolah dari PKWR Parlmen Sik. Saya amat berterima kasih kepada YB Ahli Parlimen kerana masih mengambil berat masaalah kemiskinan dalam daerah Sik. Saya tak akan mensia-siakan sumbangan yang di beri kepada saya”.DSC01320

 

 

 

YB Ahli Parlimen dalam ucapanya memberikan nasihat pendidikan kepada anak-anak yang bakal dan yang sudah berada di alam persekolahan agar berusaha bersungguh-sungguh dan insyaalah, usaha yang baik akan menghasilkan hasil yang baik. Yb juga menyentuh tentang peranan ibu bapa dalam menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak. ” Kita mesti memberi pendidikan yang sempurna dari segi Agama, Akademik dan sebagainya agar apabila dewasa nanti, anak-anak kita akan berjaya dan beroleh kesenagan dalam hidup mereka.  Juga kita perlu memberi penekanan berterusan dalam aspek sosial kerana kita tidak mahu anak-anak kita nanti menjadi manusia yang tidak berguna kepada masyarakat, ini penting kerana ilmu tanpa keimananlah menjadi punca bermacam2 penipuan dan yang terkini, Enjen Jet tentera pun boleh hilang angkara orang yang berilmu tapi tak beriman ini”. YB Che Uda berkata dalam program tersebut.DSC01300

 

 

YB Che Uda bersama dengan Ketua kg. Danglau

Comments