Lagi Pelajar Sekolah Di bantu | DIARI PKWR PARLIMEN SIK

Lagi Pelajar Sekolah Di bantu

By najib | January 7, 2010

 

Suasana gembira terbayang di wajah pelajar-pelajar sekolah Kebangsaan Teloi yang terpilih menerima sumbangan bag dan alatan tulis dari YB Ahli parlimen. Bagi pelajar dari golongan keluarga susah, sumbangan ini terlalu besar ertinya bagi mereka. Dapat juga mereka merasa gembira sebagaimana perasaan pelajar dari golongan yang berada, yang ibu bapanya mampu menyediakan segala peralatan menyambut sesi persekolahan baru. Menempuh alam persekolahan dengan penuh kegembiraan tidak seperti pelajar dari golongan keluarga susah.

Pak ku Setiausaha Peribadi YB Che Uda dalam ucapan alu-aluannya menyentuh tentang perlunya semua yang hadir, khususnya ibu bapa supaya kita semua jangan tinggalkan amal ibadat, tingkatkan amalan kita termasuklah memberi ilmu kepada anak-anak. ” Jangan kita sekat apabila anak kita ingin belajar, kerana dengan ilmu itulah akan dapat membimbing mereka ke arah kebaikan nanti.Kita juga, sebagai ibu bapa harus menunjukan contoh yang baik kerana contoh itulah yang akan menjadi teladan kepada anak-anak”.  katanya kepada saya. Turut sama dalam program tersebut ialah Saudara Shahidan, JKKP Kg Selamat.DSC01294

Yb Ahli Parlimen bersama-sama dengan penerima sumbangan.

One Response to “Lagi Pelajar Sekolah Di bantu”

  1. sekolah kebangsaan - StartTags.com Says:
    March 4th, 2010 at 12:29 am

    [...] in the stone throwing incident which injured two Puteri Umno members at the Sekolah Kebangsaan PeriaLagi Pelajar Sekolah Di bantu | DIARI PKWR PARLIMEN SIKSuasana gembira terbayang di wajah pelajar-pelajar sekolah Kebangsaan Teloi yang terpilih menerima [...]

Comments