Anugerah Kermerlangan UPSR 2009 Kawasan Parlimen Sik | DIARI PKWR PARLIMEN SIK

Anugerah Kermerlangan UPSR 2009 Kawasan Parlimen Sik

By najib | December 28, 2009

pelajar upsr

Bagi para pelajar UPSR pada tahun ini usaha mereka berbaloi kerana penat lelah mereka dalam berusaha mencapai keputusan 5A terbalas jua apabila pihak PKWR Parlimen melalui Yb Che Uda mengambil inisiatif memberi anugerah kecermerlangan kepada mereka. ” Kita telah  sebuah bag sekolah, alat tulis, kamus dan membuka akaun SSPN kepada semua pelajar cemerlang tersebut sebagai penghargaan kepada mereka agar menjadi perangsang kepada mereka apabila berada di alam Sekolah Menengah nanti, Insayaallah kita akan menjadikan acara ini sebagai acara tahunan, PKWR juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua orang yang telah bersama menjayakan program ini termasuk  semua J/kuasa pelaksana Program dan Tuan Pegawai Daerah yang telah sudi merasmikan majlis ini ”, kata Setiausaha Ahli parlimen Sik kepada wartawan sinar harian.

Dalam ucapan alu-aluan YB Ahli parlimen Sik, beliau mengucapkan terima kasih atas kesudian Tuan Pegawai Daerah Sik merasmikan Majlis ini,katanya lagi Guru-Guru Besar telah berjaya membimbing anak murid mereka menuju kejayaan. Beliau juga menyentuh mengenai masaalah kemiskinan yang masih membelenggu kehidupan penduduk Sik. Beliau tidak mahu masaalah kemiskinan menjadi kekangan dalam memberi pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak kita di Sik khususnya. Jadi Beliau berharap agar ibu bapa yang mempunyai masaalah kemiskinan agar dapat berhubung dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk mencari penyelesaian masalaah tersebut.Imej0252

Program bertambah seri dengan kedatangan wakil Ketua Polis Sik, Penghulu-penghulu dan Ketua-ketua Kampung Daerah Sik. Dalam ucapan perasmian Program oleh Tuan Pegawai Daerah, beliau mengucapkan terima kasih kepada YB Ahli Parlimen Sik kerana telah sudi memanggil beliau utuk memberi ucapan seterusnya merasmikan Program tersebut dan beliau juga amat mengharapkan agar ibu bapa dapat memberi perhatian yang serius dalam memberi pembelajaran kepada anak-anak kerana mereka ini adalah harapan untuk merubah masa depan kita.

” Kita kena bersyukur kerana zaman sekarang telah banyak berubah,  pada zaman ini telah terdapat bermacam-macam teknologi yang hebat dalam memberi berbagai-bagai ilmu yang penting dalam kehidupan sekarang, tidak seperti  zaman saya, YB Che Uda, YB Cikgu Ya dan orang lama-lama dahulu yang begitu payah dalam mencari ilmu, dengan kekangan kemiskinan, sekolah yang jauh dan sebagainya”. katanya kepada semua pelajar dan ibu bapa yang hadir dalam program tersebut.

Seterusnya di akhir program YB Che Uda dan Tuan Pegawai Daerah bersama-sama memberi sedikit sumbangan dari PKWR Parlimen Sik kepada semua pelajar cemerlang UPSR 2009 dan semua Sekolah Kebangsaan dalam Parlimen Sik. (99 orang pelajar dari 22 buah sekolah)murid cemerlang upsr menerima sumbangan dari YB ahli parlimen Sik

One Response to “Anugerah Kermerlangan UPSR 2009 Kawasan Parlimen Sik”

  1. sekolah kebangsaan - StartTags.com Says:
    March 4th, 2010 at 12:29 am

    [...] KEBANGSAAN Feed for this Entry Trackback Address. No Comments. Leave a Reply. Name (required) …Anugerah Kermerlangan UPSR 2009 Kawasan Parlimen Sik | DIARI …Seterusnya di akhir program YB Che Uda dan Tuan Pegawai Daerah bersama-sama memberi sedikit [...]

Comments