Penerangan Khas khidmat Guaman di PKWR Parlimen Sik
“Saya begitu teruja dan rasa amat bertuah kerana inilah kali pertama kita penduduk kampung di Sik berpeluang berjumpa dan berbincang secara terus dengan pihak peguam yang sanggup datang memberi khidmat guaman secara percuma kepada kita. Mungkin bagi kita di Sik ini agak payah untuk berjumpa dengan pihak guaman dalam menyelesaikan masaalah yang berkaitan dengan perundangan.” kata Hj Rahim, Ketua kampung Durian Burung/ Paya Terendam kepada saya.

Dalam program tersebut, seramai tiga orang wakil dari biro guaman Kedah/ Perlis terdiri dari En Victor Paul pengerusi Pusat Bantuan Guaman Kedah/ perlis, Puan Murshidah setiausaha Puasat Bantuan Guaman Kedah/ Perlis dan Puan Siti Razasah AJK merangkap Peguam Sya`rie telah datang untuk memberi penerangan berkaitan dengan permasaalahan perundangan yang di hadapi oleh penduduk di Sik.
Menurut En Victor, perkhidmatan yang di adakan ini adalah percuma dan pihak peguam yang datang memberi khidmat guaman pun adalah sukarela, oleh itu beliau meminta supaya Ketua-ketua Kampung di Parlimen Sik boleh menghebahkan kepada semua penduduk kampung di Sik tentang perkhidmatan ini kerana penduduk Sik tidak perlu bersusah payah pergi ke Alor Setar atau Sungai Petani untuk urusan berkaitan dengan undang-undang.

“Daerah Sik menjadi daerah pertama di Kedah menjalankan perkhidmatan ini melalui PKWR Parlimen. Insyaallah kita akan menurunkan semua peguam-peguam yang berkaitan dengan permasaalahan penduduk di Sik dan akan memberi khidmat nasihat secara percuma.” Puan Murshidah Mustafa setiausah Pusat bantuan Guaman Kedah/ Perlis berkata kepada saya.
Di akhir program Puan Siti Razasah meminta orang ramai dapat hadir pada 24/11/ 2009, hari selasa ini untuk bertemu dan berbincang tentang permasaalaham berkaitan undang-undang, Insyaallah kita akan cuba selesaikan masaalah penduduk kampung di Sik.

November 23rd, 2009 at 9:24 am
Ni baguih la.. awat tak war-warkan tarikh 24/11/09 tu besar-besar sikit. Baru penduduk tau!