Pusat Bantuan Guaman di PKWR Sik (PERCUMA)
Lanjutan dari saranan dari YAB Menteri Besar Kedah yang mahukan agar diadakan Klinik Bantuan Guaman percuma kepada penduduk setiap daerah di Kedah mendapat perhatian dari Yb Ahli parlimen Sik Che Uda Che Nik.
“Pihak PKWR Parlimen Sik mengalu-alukan kedatangan Khidmat Guaman ini dan kita akan menyediakan tempat untuk program ini”. Katanya kepada saya.
Berkebetulan dengan kedatangan wakil-wakil dari Pusat Bantuan Guaman Kedah / Perlis ke Sik baru-baru ini, saya telah berjumpa dan berbincang dengan Pengerusinya, En Victor Paul tentang program ini. Dalam perbincangan tersebut kami telah mencapai persetujuan untuk mengadakan satu program bersama Klinik Guaman Percuma di PKWR Sik. Insyaallah kita rangcang dengan izin Allah, Klinik Guaman Percuma ini akan di adakan sebulan sekali. Mungkin pada setiap hari selasa akhir bulan.
Menurut Setiausaha Pusat Bantuan Guaman, Puan Norshidah berkata bantuan guaman ini merangkumi pelbagai cabang perundangan seperti Syariah, Sivil, hartanah dan lain-lain. Beliau juga berkata akan menghantar semua peguam dari pelbagai cabang perundangan negara dan mengharapkan agar sesiapa yang mempunyai masaalah perundangan, datang ke PKWR dan Insyaallah pihak kita akan cuba selesaikannya. Katanya ketika perbincangan dengan saya di PKWR Parlimen Sik.

Pihak PKWR Parlimen Sik mengharapkan agar penduduk Sik mengambil kesempatan untuk bertanya atau mempunyai apa-apa masaalah yang berkaitan dengan undang-undang, sila lah datang bertemu dan berbincang dengan pihak peguam tersebut. Mungkin agak jauh jika hendak ke Alor Setar atau Sungai Petani jika nak berurusan dengan khidmat Guaman jadi janganlah kita lepaskan peluang ini yang telah datang ke hadapan kita.
