Beras ST15% jadi rebutan
Kerajaan Malaysia telah melancarkan program SUBUR (subsidi beras untuk rakyat) kelmarin ; hari ini rakyat di Sik tertanya-tanya mana kupon subsidi..? mana borang nak daftar untuk dapat kupon..? kepada siapa nak serah borang..? nak chop pengesahan kat sapa..?
Begitulah antara persoalan yang timbul dan ditujukan kepada Ahli Parlimen Sik.
Sekali lagi Kerajaan telah melancarkan satu program tanpa persiapan rapi, seperti juga PPSMI yang akhirnya menyusahkan rakyat dan dibatalkan setelah berbilion RM dibelanjakan dan beratus ribu murid dijadikan bahan uji kaji.
Kini dengan pelancaran SUBUR tanpa persiapan rapi sekali lagi rakyat akan menjadi bahan uji kaji. Di Sik umpamanya rakyat lansung tidak di beri penerangan tentang kupon beras, ada juga yang memaklumkan hanya orang UMNO sahaja yang mendapat borang, itupun saudara mara JKKKP.
Hampir 90% daripada lebih 35 ribu penduduk Sik berpendapatan di bawah RM 1500 sebulan, tetapi tak sampai 10% yang telah mendaftar walaupun program SUBUR telah dilancarkan kelmarin dan dijangkakan kupon akan mula digunakan pada awal Disember ini.
Adakah program SUBUR ini akan sampai kepada rakyat yang sepatutnya..? Kepada siapa hendak mengadu…? Kerajaan UMNO dan kroninya atau JKKP dan saudara maranya….? 

November 12th, 2009 at 12:29 pm
Sila layari http://www.moa.gov.my untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Program SUBUR adalah untuk semua rakyat tanpa mengira parti politik.
Itu je.
November 12th, 2009 at 1:57 pm
Download borang
Lepas hantar borang ke alamat berikut
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia
2. Pendapatan di bawah RM1,500 (di bandar) dan RM1,000 (di luar bandar)
3. Permohonan boleh dikemukakan di pejabat agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berhampiran seperti berikut:
* Kawalselia Padi dan Beras Negeri dan Ibu Pejabat
* Jabatan Pertanian
* Jabatan Perikanan Malaysia
* Jabatan Veterinar Malaysia
* Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
* Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
* Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
* Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
* Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
* Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
* Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)
* Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
* Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)
* Bank Pertanian Malaysia (Agrobank)
4. Permohonan juga boleh dibuat secara terus melalui:
* Pejabat Pembangunan Negeri.
* Pejabat Daerah.
* Pejabat Pembangunan Persekutuan Zon.
5. Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dikemukakan kepada mana-mana pejabat Jabatan/Agensi di atas untuk tindakan Urus setia MPPP.
6. Borang permohonan ini juga boleh diperolehi melalui:
1. Laman Web Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani :
2. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
3. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)
November 23rd, 2009 at 11:42 am
orang dok sembang kata ahli parlimen ni dok jaga kepentingan dia ja, tak ada kepentingan parti lansung,betul ke? saya tengok tak macam tu pun, takut org saja nak bwa mulut.